|
Super Goat
15 paket x 21 gm
WM RM 35.00 / EM RM 38.00
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing
mempunyai banyak kebaikan
untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu yang lain. Antara kebaikan susu kambing adalah seperti berikut :
1. Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat sesuai untuk diet bayi dan orang dewasa yang mengalami masalah penghadaman.
Sesuai digunakan untuk merawat gastrik dan ulser
.
2. Alahan Laktosa
Susu kambing hanya mengandungi 7% laktosa lebih rendah berbanding susu lembu.
Sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit-birit dan alahan kepada susu lembu
.
3. Bersifat Alkali
Mengandungi pH beralkali, tidak menjana asid dalam darah atau usus. Bertindak meneutralkan asid dalam badan. Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.
4. Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu.
5. Mengandungi Asid Lemak Baik
Mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga
membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia
.
6. Kaya dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang terdapat di dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya
melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak
.
7. Kaya Dengan Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing mengandungi bahan Bioorganic Sodium yang tinggi.
Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan
. Bioorganic Sodium boleh mengurangkan masalah Rhematoid Arthritis (inflamasi sendi).
|